Saturday, February 10, 2018

Palu Palu Rebano Ubi

Asal mari pucung dari hujung sano
Nun sapa hujung sano pulok aroh tuju kito
Ado hok belari, berjale, mengakok, mngesok,
Tok sikik hok menukat dagu tok tahu nok gi mano
Ghama hok duk die tutup mato, gerun takut kuong goba ado belako
Ado hok jadi isem tok kaba.. berat weh berat.. berat ujie Tuhe wi

Hok mok ayoh bekal bukenyo ime
mugo ime ni buke bendo buleh 'turun
hok mok ayoh bekalnyo didike
didike hok ambo 'buleh 'jadi ore hari ni

tapi dugae ni buke cale-cale
20 tahun lebih doh ambo duk lawe
20 tahun lebih doh ambo duk tepuh
Jatuh puluh-puluh kali xdey nok kiro
luko, keno bue, keno sepak, keno benci ado blako
ore kato, ore ngupak, ore ngaying tu puah cemuh doh
bia gi ore nok kato gapo, Tuhe tu buke 2 buke 3

Acu mu palu bano ubi tu ko aku
bia getar jatung aku ni
bia aku raso nele dale perut ni
bia terbakar daroh kelate aku ni
aku nok tepuh lagi hidup ni esok

Acu mu palu lagi bano ubi tu derah lagi
aku nok wak bekal sapa luso
Kalu buleh panggil pokya tiup suna
panggil pulok mat de, ketuk gende
Kito wak naik semangat kito
Kito panah balik daroh jadi kelate kito ni

Kito anok anok tok dekar,
Daroh dekar, keturune ulamok,
aloh hari ni, esok gi lawe smula
reboh hari ni, kare bangun smula.
Bia kito degil kerah peda
hadap blako dugae Tuhe bui ni
dengan usoho, ime dan doa anok beranok kito

Acu mu palu lagi bano ubi tu
Ambo ore jati anok kelate.
Ambo hormat ore tuo
Ambo jadi coto ko ore mudo
Ambo taat patuh ko mok ayoh
Ambo pege pado alim ulamok
Rajo ambo, ambo taat setio sapa bilo-bilo

Acu mu palu lagi bano ubi tu
Bia air mato aku tubek
bia dado aku getar kuat lagi
bia aku raso nok hungga
bia aku raso nok menepik
bia aku raso kuak
esok aku nok hadap
hidup aku sekali lagi


- lubis anok kelate



Wednesday, February 7, 2018

Fatamorgana Dalam Genggaman

- yusdirman

Terasa semua itu dalam tanganku
Langit yang cemerlang dan cerah
Awan yang puteh dan gagah
Udara yang dingin dan segar
Masih lagi ada sedikit bau salju
Namun musim bunga yang indah
Sudah mula menjenguk senyum

Terasa semua itu masih di tanganku
Bunga-bunga sakura yang merah jambu
gugur kepolaknya di sepanjang jalan
yang kadang-kadang jatuh di bahu
ditemani pula hijau rumput yang menyenangkan
hanya senyuman sahaja yang dapat diekpresikan

Terasa semua itu di telapak tanganku
Suatu perasaan yang bebas dan lega
Umpama baru hari ini mengenal dunia
setelah berbulan-bulan mengurung diri
disengat dingin salju di musim sejuk

Terasa semua itu menari-nari di telapak tanganku
Hari-hari yang makin hari, makin hangat
Hati yang membuak-buak mahu berjalan
Fikiran yang sering terbayangkan laut, sungai dan ari terjun
Teruja dengan semua niat mahu bercuti
Segalanya bagaikan lambat, masa bagaikan cemburu
Sengaja melambatkan diri supaya kami lebih lama di sini

Perlahan-lahan aku genggam semula tanganku
dan perlahan-lahan aku membuka nya semula
nyatalah yang nyata
nyatalah yang fatamorgana itu fatamorgana
fatamorgana dari serpihan-serpihan kaca memori
yang sangat-sangat dirindukan..



-- itsudemo sagashite iru yo, dokka ni kimi no kakera wo --









Sunday, January 28, 2018

Sentiasa, Setiap Kali


Itsumo, Nando Demo

- Yumi Kimura daripada filem animasi Jepun, Spirited Away

Nun Jauh di lubuk hati, aku terasa terpanggil
Yondeiru Mune no Dokoka Okude

Sentiasa impikan impian yang bahagiakan hati
Itsumo Kokoro Odoru Yume wo Mitai

Walaupun kesedihan tak terkira banyaknya
Kanashimi wa Kazoekirenai keredo

Nun di sana, pasti  kan bertemu dengan Mu
Sono Mukou de Kitto Anata ni Aeru

terbaring rebah dek kesilapan, tapi manusia
Kurikaesu Ayamachi no Sono tabi Hito wa

akan bangkit hanya dengan melihat langit biru
Tada Aoi Sora no Aosa wo Shiru

Walaupun seolah-olah kita masih teruskan perjalanan yang tiada hujung ini
Hateshinaku Michi wa Tsuzuite Mieru keredo

Aku masih dapat memeluk cahaya dengan kedua tangan ini
Kono Ryoute wa Hikari wo idakeru

Dadaku senyap tatkala aku ucapkan selamat tinggal
Sayonara no Toki no shizukana mune

Tubuhku menjadi kosong namun pendengaranku menjadi nyata
Zero ni Naru Karada ga Mimi wo Sumaseru


Hidup itu satu misteri, Mati itu pun satu misteri
Ikiteiru Fushigi Shinde yuku Fusigi

Bunga, badai, bandar, semua pun sama
Hana mo Kaze mo Machi mo Minna Onaji

Nun Jauh di lubuk hati, aku terasa terpanggil
Yondeiru mune no Dokoka Oku de

Sentiasa, setiap kali, aku akan lukiskan impian ku
Itsumo Nando demo Yume wo Egakou

Daripada menyebut bilangan kesedihan 
Kanashimi no Kazu wo Iitsukusu yori

Lebih  molek bibir itu nyanyikan lagu menyantun jiwa
Onaji Kuchibiru de Sotto Utaou

Setiap Kenangan yang makin pudar itu pasti
Tojiteiku Omoide no Sono Naka ni Itsumo

Ada budi dan kebaikan yang tidak mungkin dilupakan
Wasure takunai Sasayaki wo Kiku

Di permukaan kaca yang pecah seribu pun
Konagona ni Kudakareta Kagami no Ue nimo

Masih terpantul pemandangan-pemandangan yang baru
Atarashii Keshiki ga Utsusareru

Di jendela yang sunyi, cahaya pertama dinihari
Hajimari no Asa Shizuka na Mado

Pada tubuh yang kosong ini, moga diisikan
Zero ni Naru Karada Miitasarete Yuke

Tak perlu aku mencari hingga seberang laut sana
Umi no Kanata niwa Mou Sagasanai

Cahaya-cahaya itu 
Kagayaku Mono wa

senantiasa, di sini,
Itsumo Koko ni

Dalam diri ini, pasti akan ku temui 
Watashi no Naka ni Mitsukerareta Kara




* 20 tahun yang masih dirasakan seperti semalam. Jatuh 7 Kali, bangun 8 kali..





Sunday, April 9, 2017

Pemadam

Pemadam

safronLubis


    Pernahkah dek kerana satu perasaan yang tulus suci itu
kau korbankan satu lagi perasaan tulus suci yang menjadikan kau, kau?

Kau pernahtak merasa kelukaan dan kecewa yang sangat hitam
dan luka-luka yang sangat besar dari apa yang kau sangka
hinggakan kau terduduk saat perasaan itu datang menikam diri kau?

Pernahkah kau merasakan satu penyeksaan
yang menjadikan kau bukan kau?

Rindu yang berada di balik pintu, menunggu untuk menekan loceng pintu
 dan kau seakan sedia disebalik yang satu lagi,
memikirkan ayat-ayat yang kerinduan dan penghargaan
yang kau akan ucapkan pada dia?

   Dan, kemudiannya segala rindu, kecewa, luka itu kau kumpul
dan tatkala kau kuatkan pendirian enkau yang kesemua ini
harus kau lalui kerana satu pengorbanan yang
lebih besar daripada itu semua.
Maka, kau benamkan segala kekecewaan itu,
kau telan segala kelukaan itu dan
kau palingkan diri kau dari segala kerinduan itu.

   Maka, yang terzahir sesungguhnya menjadi yang terahsia.
Kau fikir kau sudah berjaya.
Berjaya menjadikan pendirian enkau itu satu pemadam
 bagi kelukaan, kekecewaan dan rindu-rindu kau.
Kau fikir kau sudah ada pemadam.

  Dengan itu, pemadam itu berjaya
melenyapkan ingatan kau pada kesemua peristiwa yang telah berlaku.
Kau seakan-akan hilang dalam satu tempoh masa itu.
Hinggakan gambar foto yang tertera muka
engkau pada mana-mana era itupun
kau lupa apa peristiwa disebaliknya.

  Hebat kuasa akal. Kuasa niat dan kemahuan
mampu menyembunyikan
ingatan-ingatan semalam.
Mekanisma Perlindungan Diri.
Ciptaan yang Maha Kuasa.

  Namun, kau tidak tahu waktu itu, kerana mentahnya akalmu, kau rasa kesemuanya terpadam. Pemadam akan melenyapkan kesemuanya selamanya.

  Namun yang terahsia, akan kelak dibongkarkan kembali.

  Segala memori, rindu, luka dan kecewa itu menerjah engkau. Engkau tergamam hari itu. Hanya sepotong bait dalam sebuah lagu
telah berjaya merungkaikan rahsia-rahsia
dalam sel-sel otakmu.
Kesemua ingatan-ingatan itu menerjah dan menikam kau dari segala arah.

Engkau terduduk sekali lagi.

Fikirlah sekarang..

Kerana itu kau tidak bisa menjadi kau.
kerana itu kau tidak bisa teruskan hidup di sana
kerana itu kau perlu mulakan hidup kau sekali lagi dari bawah
kerana itu kau perlu usaha mencari penyembuh
kerana itu kau perlu usaha mencari ilmu
kerana itu kau perlu jadi terasing
kerana itu kau dihina dan dikeji
kerana itu kau terseksa hidup dalam ketakutan

Tapi,

Kerana itu kau adalah diri kau sekarang.
Kerana itu kau berada di sisi mereka sekarang
Kerana itu, kau sekarang.

Tidak akan ada pemadam untuk setiap memori.
Kerana ada kalam yang menulisnya.





Tuesday, March 3, 2015

Tertangguh 16 Tahun

Tertangguh 16 Tahun


Derap kaki yang dahulu berlari lari
bagai bekepak putih bersih besar dan gagah
berlari lari laju hingga ke depan nun jauh nan tinggi
memandang terus ke atas dan ke langit biru
awan nan putih itu kapas kapas di tepi tepi jalan
Jalan yang aku berlari terbang

Aku tuju hujung gunung di balik awan
aku berlari dengan kepak putih besar dan gagah
diambung pula wau bulan besar di angkasa
menjadi aku panglima hebat perkasa terbilang

hebat aku sebenarnya bukan di kepak dan awan awan ini

melata di bumi,
merangkak dalam semak,
menjerut duri,
memangkas balak,
menolak bukit,
menongkah sungai,
menahan ombak,
melaung petir,
menadah ribut,
bermandi duka
berselang durja

Namun aku masih mendaki
mata ku masih lagi nun di balik awan
hujung gunung putih cerah cersih menawan

16 tahun tertangguh namun
tidak akan aku patahkan

safronLubis



Aku Ikat Tanganku

Aku ikat tanganku

Panah panah menusuk terus ke dada
Terdetik kadang tertikam selalu
Terhunus panah panah tanpa perisai
Yang terlunjur hanyalah sebatang lengan

Kalau pun jua dedaun itu menahan hujan
namun aku tetapkan ikat tanganku
ikat ke belakang
dengan muka tiada apa muka
walaupun tiada tali terikat
tiada gari menggigit

Kalaupun sebenarnya tiada apa yang ada itu
aku tetap tidak akan tidak ikat tanganku ke belakang
kalau aku tidak ikatpun aku akan pegang tanganku sendiri

Berhenti gegarkan landasan ini
berhenti gugurkan panah panah tajam
berhenti menyantun dan mencerahkan ruang
kerana tanganku terikat
aku ikat tangaku


Monday, August 11, 2014

Anggap Aku

Anggap Aku

safronLubis

Anggaplah aku seorang kawan
Memberi nasihat kepada kawan
Usahla hatimu ada dendam
Kerna hanyalah membuahkan seksa

Anggaplah aku seorang teman
Berkata hikmah kepada teman
Kikislah hatimu dari benci
Kelak akan tercela diri

Anggaplah aku seorang tua
Berpesan kata kepada yang muda
Bersihkan hatimu dari marah
Pasti kelak akan berdarah

Anggaplah aku teman
Anggaplah aku kawan
Anggaplah aku seorang tua
Yang hanya berpesan dengan kasih sayang
Yang hanya ingin melihat engkau tiada secalit nista
dalam hati, dalam kata dan dalam gerak

Yang aku tidak mau
Kau tenggelam buta
tiada dapat membeda
yang haq dari yang batil
aku tidak mahu melihat
engkau katakan yang batil
kerna pada niatmu adalah haq


-- Niat tidak pernah menghalalkan cara  --

safronLubis