Sunday, April 9, 2017

Pemadam

Pemadam

safronLubis


    Pernahkah dek kerana satu perasaan yang tulus suci itu
kau korbankan satu lagi perasaan tulus suci yang menjadikan kau, kau?

Kau pernahtak merasa kelukaan dan kecewa yang sangat hitam
dan luka-luka yang sangat besar dari apa yang kau sangka
hinggakan kau terduduk saat perasaan itu datang menikam diri kau?

Pernahkah kau merasakan satu penyeksaan
yang menjadikan kau bukan kau?

Rindu yang berada di balik pintu, menunggu untuk menekan loceng pintu
 dan kau seakan sedia disebalik yang satu lagi,
memikirkan ayat-ayat yang kerinduan dan penghargaan
yang kau akan ucapkan pada dia?

   Dan, kemudiannya segala rindu, kecewa, luka itu kau kumpul
dan tatkala kau kuatkan pendirian enkau yang kesemua ini
harus kau lalui kerana satu pengorbanan yang
lebih besar daripada itu semua.
Maka, kau benamkan segala kekecewaan itu,
kau telan segala kelukaan itu dan
kau palingkan diri kau dari segala kerinduan itu.

   Maka, yang terzahir sesungguhnya menjadi yang terahsia.
Kau fikir kau sudah berjaya.
Berjaya menjadikan pendirian enkau itu satu pemadam
 bagi kelukaan, kekecewaan dan rindu-rindu kau.
Kau fikir kau sudah ada pemadam.

  Dengan itu, pemadam itu berjaya
melenyapkan ingatan kau pada kesemua peristiwa yang telah berlaku.
Kau seakan-akan hilang dalam satu tempoh masa itu.
Hinggakan gambar foto yang tertera muka
engkau pada mana-mana era itupun
kau lupa apa peristiwa disebaliknya.

  Hebat kuasa akal. Kuasa niat dan kemahuan
mampu menyembunyikan
ingatan-ingatan semalam.
Mekanisma Perlindungan Diri.
Ciptaan yang Maha Kuasa.

  Namun, kau tidak tahu waktu itu, kerana mentahnya akalmu, kau rasa kesemuanya terpadam. Pemadam akan melenyapkan kesemuanya selamanya.

  Namun yang terahsia, akan kelak dibongkarkan kembali.

  Segala memori, rindu, luka dan kecewa itu menerjah engkau. Engkau tergamam hari itu. Hanya sepotong bait dalam sebuah lagu
telah berjaya merungkaikan rahsia-rahsia
dalam sel-sel otakmu.
Kesemua ingatan-ingatan itu menerjah dan menikam kau dari segala arah.

Engkau terduduk sekali lagi.

Fikirlah sekarang..

Kerana itu kau tidak bisa menjadi kau.
kerana itu kau tidak bisa teruskan hidup di sana
kerana itu kau perlu mulakan hidup kau sekali lagi dari bawah
kerana itu kau perlu usaha mencari penyembuh
kerana itu kau perlu usaha mencari ilmu
kerana itu kau perlu jadi terasing
kerana itu kau dihina dan dikeji
kerana itu kau terseksa hidup dalam ketakutan

Tapi,

Kerana itu kau adalah diri kau sekarang.
Kerana itu kau berada di sisi mereka sekarang
Kerana itu, kau sekarang.

Tidak akan ada pemadam untuk setiap memori.
Kerana ada kalam yang menulisnya.





No comments:

Post a Comment